Thursday, 1 December 2016

BELI RUMAH TANPA MODAL ADA TEKNIKNYA...

Sebenarnya rata-rata kita rakyat Malaysia tahu yang hartanah merupakan satu pelaburan yang sangat menguntungkan.
Namun kebanyakan kita tahu untuk membeli rumah mesti ada modal. Kadang-kadang modal yang diperlukan sangat tinggi bergantung kepada harga rumah yang mahu dibeli.
Ini membuatkan ramai rakyat Malaysia tarik diri awal untuk memiliki rumah, dan sanggup menyewa sehingga 10 hingga 15 tahun.

Cik Rose  ingin berkongsi dengan pembaca tuan/puan yang budiman bagaimana kita boleh membeli rumah, dengan tanpa perlu membayar wang pendahuluan yang tinggi.
Ramai pemilik-pemilik hartanah telah mempraktikkan dan Cik Rose percaya tuan/puan  semua juga mampu berbuat demikian. Apakah yang dimaksudkan dengan tanpa modal?
Mari saya jelaskan kepada tuan/puan  tentang konsep beli rumah tanpa modal ini.
Mengikut pengalaman Cik Rose, beli rumah tanpa modal ini bermaksud anda tidak perlu membayar wang pendahuluan atau wang muka yang tinggi.

TEKNIK-TEKNIKNYA

#1 – Rumah Diskaun 10%
Saya cadangkan kepada tuan/puan  yang dihormati sekalian. Apabila anda mahu membeli rumah pertama, kedua atau ketiga untuk pelaburan, anda mesti mencari rumah yang memberi diskaun sebanyak 10%.
Kebanyakan pemaju sekarang telah berevolusi dan mempunyai inovasi baru dalam menarik perhatian pembeli rumah. Ini terjadi disebabkan harga rumah yang terlalu tinggi di lokasi panas.
Lokasi panas ditakrifkan sebagai lokasi yang mempunyai kemudahan awam yang banyak, dan berdekatan dengan akses lebuhraya dan jalanraya yang mudah untuk ke bandaraya besar, serta bandar-bandar yang berhampiran yang lain.
Apabila anda berjaya memperolehi diskaun 10% pada harga rumah baru, anda boleh membuat permohonan pembiayaan rumah sebanyak 90%.
Mengikut peraturan Bank Negara, pembelian rumah pertama dan rumah kedua layak untuk anda memohon dan memperolehi 90% pembiayaan atau pinjaman rumah.
Oleh yang demikian, rumah anda akan dibiayai dengan bank daripada mula anda buat tempahan sehinggalah rumah anda siap dibina.
#2 – Beli Rumah Terpakai Tanpa Bayar Wang
Teknik yang kedua ini memerlukan usaha yang lebih. Anda perlu membuat perbincangan dengan pemilik rumah terpakai.
Perbincangan anda mesti tertumpu kepada bagaimana anda boleh membeli rumah tersebut dengan mendapat kelulusan bank 100%.


Kalau Tuan/Puan berminat untuk berurusan jual/beli hartanah jangan lupa contact Cik Rose ye..


No comments:

Post a Comment