Saturday, 26 November 2016

SYARAT-SYARAT UNTUK MUDAH LULUS PINJAMAN BANK

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua,

Hari ni saya nak post cerita tentang bank dan cara nak dapatkan pinjaman rumh dengan mudah. Dalam pembelian rumah pembiayaan bank merupakan satu komponen yang amat penting. Boleh dikatakan seperti “aur dengan tebing”. Sukar untuk dipisahkan.
Oleh itu, amat penting untuk kita memahami cara-cara untuk meningkatkan kebarangkalian untuk permohonan loan kita diluluskan oleh pihak bank.
untuk kita mudah dapat lulus pinjaman dari bank. Dekat sini ada 8 tips yang wajib follow
8 Sebab bank senang nak luluskan pinjaman perumahan korang
1. Saving
——————
Bank sangat suka kalau ada saving yang cukup..
How to define cukup??
Saving atleast 6mths instalment.. Nak lagi cun saving sahabat mestilah melebihi setahun instalment.. Lagi cun melecun, saving sama dengan instalment untuk 3tahun..
Attached kan buku TH/ASB yang dah di update (Latest updated) ataupun akaun saving selain daripada bank yang sahabat apply tu..
2. Baki duit dalam akaun gaji
————————————————–
Make sure ada sufficient balance sementara nak menunggu gaji bulan depan.. Apa yang saya maksud kan dengan sufficient —> esok nak gaji, hari ni still ada RM50.. Jangan lah lagi 15 hari nak gaji, baki duit ada lagi RM12.38.. Sedih dan haru.. Bank pun takut nak approve kan..
Kalau sahabat asingkan duit sahabat tu kat acc yang lain, boleh lah attachedkan sekali..
3. Penggunaan Credit Card
———————————————-
Tips:
** jangan guna credit card sehingga 70% daripada credit limit..
** jangan asyik bayar minimum payment sahaja (5%), kalau boleh bayar lah lebih sikit.. Kalau bayar semua pun bagus untuk korang punya scoring
4. CCRIS cun melecun
—————————————
Maksud cun melecun ni ialah record ccris korang hanya nampak nombor “0” sahaja.. Elakkan ada no selain daripada “0”
**Kalau boleh, cek hire purchase korang, make sure tahu bila due date untuk bayaran instalment bulanan korang.. Bayar awal sebelum due date..
** selain daripada tu korang kene cek jugak di ccris item no 2 “special attention acc” kalau ada tersenarai, make sure korang setelkan dulu, kalau dah setel tolong attached kan sekali released letter..
** item no 3 “application on credit” pun memainkan peranan.. Kalau terlalu banyak apply di merata bank pun akan jadi faktor loan x lepas..
So kene sentiasa cek ccris korang ok..
5. Elakkan “pajak” emas di bank
——————————————————-
Bila dalam ccris korang ada record an-rahnu (pajak di bank) ia akan menyumbang ke arah negative.. Ia akan menurunkan score untuk loan korang approved.. Jangan tanya kenapa, sebab saya takde jawapan yang sahih.. Tapi, berdasarkan pengalaman , benda ni memang effect pada sahabat punya scoring
6. Attached kan sekali Letter Offer
———————————————————-
atau statement bayaran yang paling latest untuk setiap loan yang korang dah pernah apply..
Kenapa?
Mudah bagi banker nak buat recommendation dari segi pengiraan DSR
7. Complete & updated documentation
—————————————————————-
Bukan setakat basic documentation sahaja yang sahabat hantar.. Kalau boleh, segala tok nenek documents yang mendatangkan income sahabt bagi sekali.. Yang related sahaja tau.. Jangan pulak bagi dokumen sijil kursus kawen hehe.. Lepas tu make sure dokumen tu updated.. Jangan lah bagi yang outdated pulak ok..
8. Cek eligibility (kelayakan)
————————————————
Make sure sebelum sahabt nak pegi beli rumah, sahabt dah consult a few banker (atleast 3 different banks) untuk cek kelayakan korang. Jangan main aci beli je.. Nanti kang tak dapat loan, korang jugak yang susah
OK..Cukupla rasanya 8 tips yang saya berikan ni..Semoga misi sahabt-sahabt untuk nak memiliki rumah sendiri akan tercapai..InsyaAllah. Jangan lupa, hubungi saya kalau perlukan khidmat nasihat untuk jual/beli rumah..Saya gembira nak berurusniaga dengan sahabat semua..


0107860900
Roshazlizan
Real Estate Negotiator
Weise International Property Consultants

No comments:

Post a Comment