Monday, 28 November 2016

PROSEDUR MEMBELI RUMAH

Nak Beli Rumah Mesti Tahu Prosedur

Prosedur beli rumah mungkin asing bagi anda yang bercadang membeli hartanah pertama. Membeli hartanah amnya melibatkan 5 langkah:
  1. Membuat Persediaan Pembelian
  2. Membuat tawaran
  3. Mendapatkan khidmat guaman dan pinjaman
  4. Menandatangani perjanjian
  5. Urusan pindah milik
Mengetahui prosedur adalah penting kerana ianya dapat:
  • Membantu anda membuat perancangan, dan
  • Mengelakkan kelewatan yang boleh menyebabkan kerugian.
Dalam tutorial kali ini saya akan berkongsi tentang jangkamasa dan prosedur membeli hartanah.

Persediaan Membeli Rumah

Anda bersedia membeli rumah, jika cukup syarat di bawah:
  1. Ada 10% tunai dari nilai rumah untuk deposit (30% deposit untuk rumah ketiga dan seterusnya. Untuk pengeluaran KWSP, kebanyakan pemilik masih memerlukan anda membayar deposit dahulu & kemudian baru buat pengeluaran.
  2. Anda ada tunai 4% dari nilai rumah untuk kos guaman dan duti setem.
  3. Anda dah kelayakan pinjaman dengan bank atau perunding hartanah.
  4. Untuk pinjaman sedia ada (pinjaman peribadi, kad kredit), anda dah urus bayaran dengan baik dan tiada kelewatan.
  5. Jika berkerja tetap, status perkerjaan anda sudah tetap atau melebihi 6 bulan.
  6. Dokumen untuk permohonan pinjaman dan guaman lengkap.
  7. Mesti ada sedikit komitmen. Kalau bersih, tidak pernah ada pinjaman, susah juga bank nak terima. Dapatkan credit card, guna sikit, bayar terus.

Tawaran

Setelah memilih hartanah untuk dibeli, anda akan menandatangani surat tawaran. Anda dinasihatkan supaya meneliti terma-terma dalam surat tawaran tersebut.
Anda juga akan membuat bayaran sebanyak 3% sebagai wang tanda jadi atau ‘Booking Fee’ kepada ejensi hartanah. Ejensi hartanah akan bertindak sebagai pemegang amanah. Ini bagi memastikan wang diurus dengan selamat dan adil.

Tips Untuk Elak Booking Fee Hangus

  • Pastikan kita berususan dengan perunding hartanah berdaftar. Minta tag & business card.
  • Jika beli terus dengan pemilih, wang tanda jadi dibayar kepada peguam sebagai pemegang amanah.
  • Baca, teliti dan patuh klausa perjanjian (‘offer to purchase’).
  • Pastikan kita layak meminjam berkadaran dengan harga rumah. Letak klausa wang tanda jadi dipulangkan jika pinjaman tidak lulus.

Mendapatkan Khidmat Guaman dan Pinjaman

Apabila tawaran dipersetujui pemilik, anda perlu mendapatkan pinjaman jika belian dibuat melalui pembiayaan. Selain itu anda juga perlu mendapatkan khidmat guaman untuk mengurus pindah milik hartanah dan pinjaman.
Untuk kemudahan, kebanyakan ejen hartanah boleh membantu untuk menghubungkan pembeli dengan peguam dan juga jurubank.

Tips Memilih Peguam

Peguam ni ada kepakaran masing-masing. Seeloknya pilihlah yang berpengalaman dalam mengurus jual beli hartanah. Jangan tergesa-gesa dalam memilih, terutama jika pakai pinjaman kerajaan yang perlukan banyak bantuan dari mereka. Minta pendapat rakan taulan atau perunding hartanah.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Rumah

Untuk mereka yang berkerja tetap, berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan untuk memohon pinjaman perumahan dan juga untuk tujuan guaman:
  • Salinan kad pengenalan
  • Slip gaji 3 bulan
  • Bank statement 3 bulan
  • EPF statement dan /atau borang EA
  • Dokumen sokongan untuk pendapatan sampingan (sewa, ASB dll.)
  • Surat tunjuk minat membeli rumah (surat tawaran / tunjuk minat / ‘booking form’)

Menandatangi Perjanjian

Dalam tempoh 14 hari berkerja selepas surat tawaran dipersetujui, anda dan pemilik akan menandatangani perjanjian jual beli atau ‘Sales and Purchase Agreement’.
Anda juga perlu membuat bayaran baki 7% kepada peguam. Wang tandajadi 3% ditambah dengan baki 7% ini menjadi deposit 10% untuk rumah tersebut.

Proses Pindah Milik Hartanah Freehold

Kemudian, proses pindah milik bermula. Proses ini diurus dengan bantuan peguam dan perlu diselesaikan dalam tempoh 90 hari.
Bayaran baki 90% harga hartanah juga perlu dibuat oleh anda atau bank dalam tempoh ini.
Untuk hartanah berstatus hakmilik kekal atau ‘freehold’ tempoh 90 hari ini bermula dari tarikh perjanjian jual beli.

Proses Pindah Milik Hartanah Selain Freehold

Ini adalah berbeza untuk hartanah selain freehold. Contohnya hartanah:
  • Berstatus hakmilik pajakan atau ‘leasehold’
  • Dengan geran induk / belum disempurnakan.
Pindah milik untuk hartanah ini perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri atau pemaju. Proses ini boleh memakan masa antara 1 hingga 6 bulan. Tempoh 90 hari untuk menyelesaikan pindah milik hanya bermula setelah kebenaran diperoleh.

Jika Berlaku Kelewatan

Jika proses pindah milik dan bayaran 90% baki harga hartanah tidak diselesaikan dalam tempoh 90 hari, pembeli akan diberi tempoh tambahan 30 hari. Dalam tempoh ini pembeli dikenakan penalti, amnya pada kadar faedah 8% setahun.

Terima Kunci

Setelah kesemua proses ini selesai pembeli akan menerima kunci rumah daripada pemilik.

PROSEDUR LECEH?

Ya, memang prosedur dan urusan jual beli hartanah memenatkan dan agak leceh. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan khidmat saya sebagai perunding hartanah bolehla berbuat demikian dengan mengisi borang pembeli/ buyer di bahagian page blog ini. Terima kasih..Saya gembira untuk berurusan dengan tuan/puan semua

1 comment:

  1. TESTMONY MY
    Nama saya Akbar Al Baker i am Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways.I mahu anda semua tahu bahawa Ranner syarikat pinjaman adalah salah satu syarikat pinjaman yang terbaik
    di internet untuk memberikan anda pinjaman sebanyak choice.I anda mendapat pinjaman daripada syarikat itu beberapa bulan sahaja back.I menghantar jemputan kepada mereka, untuk mendapatkan jumlah tertentu 30 juta dolar
    untuk maintainace kraf udara kita dan perjalanan udara merevolusikan, semasa besar tempoh ekonomi headwinds.A pengangkutan penstabilan papan udara dan bersatu
    agensi jaminan pinjaman enggan menawarkan kami required.we pinjaman descided untuk mencari yang genuie percuma syarikat pinjaman pasaran di internet untuk tawaran pinjaman, Kami dapat
    menghubungi mereka di sini di internet melalui bantuan Jabatan I.T kami, dan kami memenuhi semua keperluan yang mereka minta, tempoh 3 hari bekerja kami menerima pinjaman kita diminta
    untuk, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa senarai terpilih pinjaman dalam talian akan menjadi yang mudah hanya 3 langkah mudah dan kami menerima yang loan.I amat gembira dengan pinjaman Ranner
    syarikat, dan saya ingin mengucapkan terima kasih secara peribadi Waleed Abulkhair atas usaha gigih beliau untuk membawa kita ke tahap ini kami mengesyorkan perkhidmatan mereka kepada sesiapa yang memerlukan pinjaman sebanyak
    apapun untuk menghubungi mereka di alamat e-mel mereka di rannerloan565@gmail.com. Semoga Allah membantu kita semua.

    ReplyDelete